WeLCoMe To My BLoG NuR HiDaYaH YuNuS...SeNyuMaN iTu LuKiSaN RaHSia HaTi...

Friday, April 8, 2011

PeMiLiK CiNTaKu SeLePaS AlLaH DaN RaSuL...


Hr ne dayah nk kongsi citer dr sebuah buku yg b'tajuk
 "Pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul"
buku ne sebenarnya adalah buku motivasi karangan Fatimah Syarha Mohd Noordin...


penulis tidak jemu-jemu memberikan gambaran sebenar hubungan yang halal disisi Islam. Isu ‘couple’, berdating, berbalas panggilan telefon dan juga bersms dengan bukan mahram.Penulis membuat kita kembali berfikir adakah amalan masyarakat seperti bercouple itu di benarkan dalam agama? Adakah bila bertunang seolah-olah kita mendapat satu tiket kebenaran untuk lebih bebas bersama pasangan? Apakah pandangan agama terhadap berdating,berbalas panggilan telefon dan juga bersms dengan bukan mahram.Kadangkala suasana kehidupan membuatkan kita alpa dan terbiasa dengan semua ini,sedangkan bagaimana pula dengan penilaian syarak?


Buku ni bukan sahaja bercerita mengenai cinta yang praktikal malah ada diselitkan tentang pelaksanaan ke arah baitul muslim(keluarga muslim), sedikit tentang isu jihad dan rentetan sejarah Palestin serta ada diselitkan senarai tentang cara untuk menunjukkan sokongan terhadap mereka yang berjuang di bumi Palestin. Buku yang bukan hanya bermadah indah namun sarat dengan info dan panduan berdasarkan Sunnah Nabawiyyah.

Setiap helaian dan setiap kata punya makna dan signifikannya kerana  tulisan ini terbit dari hati dan jiwa yang murni. Ibarat menulis diari. Tulisan yang terbit dari hati. Keikhlasan menulis itu akan dapat dirasai oleh orang yang membacanya. Dari hati turun ke hati.

Bukunya tak tebal, tak nipis sangat. Sedang-sedang saja. Pelaburan ini pasti berbaloi malah akan mengobarkan semangat untuk melangkah berjuang menegakkan syariat Allah dalam diri.

Bagi mereka yang sibuk, ambillah masa untuk membacanya juga. Tidak lama. Pengalaman dayah, masa yang diambil untuk menghabiskan bacaan hanyalah satu jam lebih sahaja. Oleh itu, tidak rugi memperuntukkan masa untuk membaca kerana manfaatnya terlalu besar.

Buku ni, sememangnya 'highly recommended' bagi mereka yang nak bahagia bila berumah tangga nanti atas dasar syariat dan bukan maksiat, bagi mereka yang pernah dilamar dan melamar, atau mungkin bakal dilamar dan melamar, bagi mereka yang pernah bercouple, sedang bercouple dan mereka-mereka yang 'frust' bercinta juga bagi mereka yang belum pernah bercinta dan sedang mencari-cari cinta seolah lelaki sebagai teman hidup menuju redha Ilahi.

Bagi para lelaki yang mahu menyunting sekuntum mawar yang mekar berduri, bijaklah mengatur langkah. Aturkan langkahmu dengan teliti dan berhati-hati. Kisah dalam buku ini, yakin dan percaya bukan idealistik semata, namun ia boleh menjadi realiti andai kita memilih untuk merealisasikannya - iaitu menghidupkan As-sunnah.

Secara kritikalnya, tidak dinafikan ada terdetik di hati dayah, kisah ini ‘terlalu sempurna’. Masih wujud lagikah golongan seperti ini pada zaman moden ini? Namun, cerita ini mungkin jauh dari dunia realiti yang kita lihat hari ini. Tapi andai dapat kita sematkan dalam diri prinsip mengejar keredhaan Ilahi sebagai pasak dan tunjang dalam diri, hidup hanya berdasarkan syariat yang benar bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk dilakukan. Tinggal lagi antara kita nak atau tak.


Bak kata ustaz,kasih sayang tu Allah yang bagi..X semestinya kalau kite dah sibuk berkapel nnt lepas kawen perasaan sayang tu akan berkekalan..Cam lagu senario tu.."B4 kawen jalan 
b'pimpin tangan lps kawen suami di depan isteri tggal di belakang!"
Nauzubillah..semestinya kita mahukn kehidupan rumah tangga yg sentiasa aman dan sweet..
Dan lepas tu dpt zuriat yg comel2 dan menyejukkan pandangan..But tu semua b'gantung kpd  
p'rgaulan kita sebelum perkahwinan tu sndiri.
Mmg ada org tanya .."Camne kita nak tau die org yg camne kalu kawen ikot cara Islam yg betol..Tgk muke pon x ble, mana tau die tetiba pendera bersiri ke..ape ke..Tu la fungsi kapel, nak 
kenal lbh dekat bia x de kes kena tipu camtu"...
Hmmm ape yg kawan dayah ckp tu mybe ad btolnye..Tapi kalau sume org ikot cara Islam yg 
betul2 indah dan sempurna tu-hal2 camtu x kan terjadi..Islam ni perfect..Rasulullah pun da beri 
garis panduan nak cari jodoh..

Sabda Rasulullah S.A.W Seorang wanita itu dinikahi kerana 4; kerana hartanya, krn keturunannya, krn kecantikkannya dan krn agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yg beragama, nescaya kamu b'bahagia.” Hadith ini tlh direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dlm kitab sahih mereka serta imam hadith yg lain.

Like i said earlier,jodoh, kasih sayang tu sume kerja Tuhan..Kita nak risau ape..Kita kan bole wt Solat Istikharah..Banyakkan mintak pertolongan Allah,mintak ape yg t'baik utk agama kita,utk 
masa depan dan utk diri kita..
X semestinya org b'kapel tu die jadi diri sendiri jugak..Ye la time kapel punyela gentleman,kalau gi dating x pernah x belanja tp nnt bile da kawen lain ceritanya..
Yg penting sekarang,before kita declare kita sayang sseorang tu,kita kena jaga hubungan cinta kita dgn Allah S.W.T..
Ni nak gi jumpe makwe punyela wangi dan comel,keluar pulak 1 jam awal,tp nk gi jumpe Allah 
pakai baju tido semalam pastu solat pulak akhir waktu...
Camne Allah nak redha hubungan yg camtu ek??Masya-Allah....

Lagi sabda Rasulullah"Orang yang sedang jatuh cinta, cenderung selalu mengingat dan menyebutorang yang dicintainya (man ahabba syai’an katsura dzikruhu). "


Banyak iktibar dan mutiara pengajaran yg dpt diambil sbg pedoman dlm meniti arus kehidupan ini lebih2 lg sbg seorg remaja krn ujian di usia remaja ini sememangnya mncabar iman dan taqwa. Gemilangnya sesuatu ummah itu ialah apabila para pemudanya  t'masuk remaja mempunyai susuk peribadi yg mantap dan mapan. Nafsu yg dikawal ketat dgn iman dan taqwa maka kebinasaan dpt dihindari. Selaku seorg muslimin dan muslimah, yg juga sedang meniti alam remaja, x dinafikan ujian 'cinta' sememangnya ujian yg sinonim pd kebanyakan remaja. Bape ramai yg mampu mempertahankan sebuah prinsip demi Allah dan Rasul? Sama2 kita renung kembali jauh ke dlm diri. Moga ada perubahan yg dpt kita lakukan dlm hidup setelah membaca buku ini.

panjang plk dayah b'cerita kali ne...
dayah harap kita sama2 renungkan apa yg t'kandung dlm buku ne....
semoga ianya mnjadi panduan kita di masa akn dtg...

4 comments:

  1. msti ar...ko jgk yg ckp aq ne kn ustzh ko...hehehehehehe...:P

    ReplyDelete
  2. dah baca buku nei...mmg bagus...bagi motivasi kat kite supaya brcinta hnya slps khwn..

    ReplyDelete
  3. btul tu...byk yg kite dpt bila baca buku ne...

    ReplyDelete